Komsas form 1

Komsas-f1


Persoalan
Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini, terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah memerontak. Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain itu,Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini.Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan ( sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh ) 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.Persoalan terakhir ialah keinsa"an setelah sedardari kesilapan Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Dia seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya

Nilai-Murni
Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai cinta akan bahasa kebangsaan .Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Seterusnya,nilai kedua ialah nilai bertanggungjawa.Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini ialah nilai semangat setia kawan .Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya

Pengajaran
Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini, terdapat beberapa pengajaran dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan ( sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh ) kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Dia seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. Pengajaran terakhir dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain.  Johari sentiasa membantu sepupunyaapabila ditimpa kemalangan. Dia cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika mereka jatuh dari  Basikal

Watak Utama
Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini ialah Firdaus, Dia merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ria mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan rancangan mereka untuk berbasikal ke Morib. Selain itu, dia seorang yang selalu dimanjakan. Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat anak perempuan sebelum memiliki Firdaus. Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam, Firdaus mendendami adiknya. Azlina Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Watak sampingan
Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini ,watak sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina Azlina merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar. Dia sentiasa kelihatan aktif dan tidak letih untuk meneruskan kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek Firdaus.Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yangsememangnya seorang lelaki.Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang kuat semangat.Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.!khirnya dia seorang yang suka akan cabaran .Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib

Comments

  1. How to Play Baccarat Online in 2021 | Worrione
    › wiki › 1xbet How_to_Play_Baccarat_Online › wiki › How_to_Play_Baccarat_Online How to play baccarat online in 2021. Learn 바카라 사이트 how to play baccarat online in 2021. Learn how to play baccarat online in 2021. Learn how to play baccarat online in 2021. Learn how to play baccarat online งานออนไลน์ in 2021. Learn how to play baccarat online in 2021.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Komsas-f1-pantun dua kerat-中文意思

Komsas-f3-Santap Istiadat-中文马来文意思